Tuesday, July 8, 2008

Bubur Ayam


Bahan- bahan:-

Isi ayam - direbus dan disiat-siat
1 cawan beras - bersihkan
1 inci halia
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 batang carrot - potong seperti lidi/dadu
Sedikit daun bawang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Cara-cara:-

1. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga wangi.
2. Masukkan beras dan gaul sebati. Masukkan air dan didihkan sehingga separuh masak.
3. Masukkan ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata.
4. Apabila nasi hampir pecah, masukkan carrot. Tambah air sekiranya kering. Air rebusan ayam pun masukkan juga.
5. Didihkan lagi sehingga pekat dengan api kecil.

* Jika mahu pedas, taburkan lada sulah di atas hidangan dan hias dengan daun bawang.

No comments: