Tuesday, April 22, 2008

Simply Sinful Cheesecake


Simply Sinful Cheesecake
resepi ni adalah resepi montey cari.com...

Base:-
2 cawan biskut oreo - blend
1/4 cawan gula - kurangkan sbb oreo dah manis
1/2 cawan butter - cairkan

- campurkan bahan2 di atas sehingga boleh dikepal dan tekan2kan ke dalam acuan spring form 8". Bakar selama 10 min dan letakkan ke tepi.

Adunan cheese:-
250 gram cream cheese philadelphia
1 tin kecil susu pekat manis
2 biji telur
2 sudu teh lemon juice (jika ada)

Cara-cara:-

1. Pukul cream cheese menggunakan mixer sehingga kembang. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
2. Masukkan telur dan lemon juice. Pukul lagi sehingga sebati.
3. Tuang adunan ke dalam acuan yg dah ada base tadi. Bakar sehingga 50 - 55 minit sehingga bahagian tengah bergoyang sedikit. Sejukkan selama lebih kurang 4 jam.
4. Hiaskan topping ikut kreativiti masing2.

** Untuk mendapatkan kek yang lebih sedap lagi, bakar secara bain marie.. iaitu letakkan bekas berisi air di rak bawah dlm oven.. dan letakkan acuan kek di rak atasnya...

** Boleh juga balut acuan dengan aluminium foil dan letakkan acuan kek ke dalam bekas berisi air tetapi ditakuti air akan masuk meresap ke dalam kek...

Donut


Donut Lembut Gebu
(resepi drp water_lily cari.com)

200 gram tepung roti - akak guna tepung gandum je
20 gram gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh yis mauripan
140 ml susu segar
20 gram butter
minyak masak untuk menggoreng
gula castor untuk coating

Cara-cara:-

1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Buat lubang di tengah dan masukkan yis. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Gaul lagi.
3. Masukkan butter, gaul dengan tangan hingga sebati. Uli hingga adunan tak melekat di tangan.
4. Jika adunan terlalu lembik, boleh tambah sedikit tepung.
5. Biarkan di dalam mangkuk dan tutup dengan kain lembap. Biarkan adunan naik 2 kali ganda.
6. Canai setebal 15 cm di atas papan canai dengan penggelek dan terap dengan acuan mini donut. Susun atas dulang dan rehatkan doh sebentar sehingga naik 1.5 kali ganda.
7. Panaskan minyak dan goreng di atas api sederhana hingga keperangan.
8. Angkat dan toskan. Biarkan donut betul2 sejuk sebelum disalut dengan gula castor.

tu kalau guna acuan donut.. ni versi yg aku buat mlm tadi....

- bulat2kan adunan kecik2 dan biarkan naik 2 kali ganda..

- masa nak goreng, letak adunan yg dah dibulatkan tu atas tapak tangan.. pastu cucuk tengah2 dengan jari sampai tembus.. tembus adunan tu.. bukan tembus tapak tangan ye... x pasal2 kena gi spital plak.. betul2kan bentuknya sikit2.. pastu goreng... siappp...

Sunday, April 20, 2008

Kek Prune Kukus


Kek Prune Kukus

Bahan-bahan:-

250 gram butter
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan brown sugar
1/4 tin susu pekat manis
20 biji prune (kisar dengan sedikit air, setakat boleh kisar dah cukup)
6-7 biji prune (dihiris kasar)
5 biji telur

Cara-cara:-

1. Didihkan air dlm steamer.
2. Pukul butter, gula dan susu sehingga sebati.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
4. Masukkan prune yang telah dikisar.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan prune yang dihiris kasar dan kacau dengan senduk.
7. Griskan acuan dengan butter dan tuang adunan ke dalam acuan. Kukus selama 1 1/2 jam dengan api sederhana.
8. Untuk hiasan, letakkan beberapa biji prune yang telah dipotong di atas adunan sebelum dikukus (seperti dalam gambar).

Marble Chocholate Cheesecake


Marble Chocholate Cheesecake

Bahan A:-

180 gram butter
170 gram gula castor
3 biji telur
3 sudu besar susu pekat manis
20 gram serbuk koko } ayak
120 gram tepung naik sendiri }
1 sudu teh baking powder }

Bahan B:-

250 gram cream cheese philadelphia
60 gram gula castor
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur

Cara-cara:-

Bahan A :
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder. Gaul rata.

Bahan B:-
1. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesemua bahan B sehingga kembang.

- Tuang 1/2 adunan A ke dalam acuan berukuran 7" yang telah dilengser dengan butter dan ratakan.
- Tuang pula semua adunan B ke atasnya dan ratakan.
- Kemudian tuang baki adunan A ke atas adunan B. Ratakan.
- Bakar pada suhu 160C sehingga masak.

Kek Coklat Kukus

Kek Coklat Kukus

Bahan A:-
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula pasir
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak masak/butter cair
3 biji telur

Bahan B (Ayak):-
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara:-

- Masukkan bahan A (kecuali telur) ke dalam periuk dan panaskan menggunakan api kecil sehingga semua bahan sebati dan gula larut (tidak payah sampai mendidih). Kacau selalu. Matikan api dan biarkan bahan menjadi suam.
- Pukul telur dengan menggunakan whisker sehingga agak kembang dan masukkan ke dalam adunan koko. Gaul sehingga rata.
- Masukkan tepung dan gaul lagi sehingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan yang telah dilengser dengan butter dan kukus selama 1 1/2 jam dengan menggunakan api sederhana.

** Seelok-eloknya panaskan steamer dahulu semasa hendak memulakan proses membuat kek.

** Tutup acuan dengan aluminium foil ataupun bungkus penutup steamer dengan tuala kecil untuk mengelakkan wap air jatuh ke atas kek.

Topping Coklat

250 gram cooking coklat
1 sudu besar butter
1/2 cwn fresh cream/whipping cream

Cara-cara:-

- Cairkan cooking coklat secara double boil.
- Angkat drp air panas dan masukkan fresh cream/whipping cream dan butter. Kacau hingga sebati.
- Biarkan kek sejuk dahulu barulah tuang topping ke atas kek mengikut citarasa masing-masing.

Chilled Peach Chiscake



Chilled Peach Chiscake

2 cawan biskut marie perasa coklat - blend
125 gram butter - biarkan suhu bilik
1 sudu besar gula icing - ayak

- Satukan semua bahan dan gaul sehingga boleh dikepal.
- Sediakan acuan spring form 10 inci dan sapukan butter disekelilingnya.
- Tekan2 bahan di atas ke dalam acuan dan sejukkan di dalam fridge.

250 gram cream cheese philadelphia
200 ml whipping cream
1/4 cawan gula icing
1/2 cawan susu cair ideal
1 sudu besar gelatin
1/4 cawan air panas
Buah peach dalam tin

- Mula2 pukul whipping cream hingga kental dan ketepikan. (Terbalikkan tak tumpah).
- Di dalam bekas yang lain, pukul cream cheese sehingga kembang.
- Masukkan gula icing dan susu cair. Pukul lagi.
- Sementara tu cairkan gelatin dengan air panas sehingga betul2 larut. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Kacau sehingga sebati (dengan senduk pun boleh).
- Masukkan whipping cream dan kacau dengan senduk secara kaup balik sehingga sebati. Jangan kacau lama2 sangat.
- Potong buah peach ikut berapa suka dan masukkan ke dalam adunan. Kacau sekejap.
- Keluarkan acuan drp fridge dan tuang adunan ke dalam acuan tersebut.
- Biarkan di dalam fridge semalaman atau paling kurang 4 jam barulah dikeluarkan.

** Hiasan di atas kek ikut creativity masing-masing. Nak sapu dengan jem pun boleh ataupun susun buah peach mcm aku buat tu.

** Kalau nak rasa oren, tambah 3 sudu besar oren sunquick ke dalam adunan.

** Cara untuk memotong cheesecake ialah dengan merendamkan pisau ke dalam air panas, lapkan pisau tersebut dan potong kek dgn cara menekan hujung pisau di tengah2 kek dan tekan sehingga ke tepi. Langkah ini hendaklah diulang setiap kali hendak memotong kek. Paham ke tak ni?

Instant Puff

sediakan inti (ikut suka... tuna/sardin/daging)

beli paratha brand kawan..

potong 4 bahagian..

letak inti..
seal guna garfu..
kelar atasnya dan sapu kuning telur..
bakar 1/2 cooked kalau nak frozenkan..
bakar sehingga masak kalau nak terus makan..


Kek Yogurt



Kek Yogurt

Bahan-Bahan:-

6 biji telur
1 cwn gula halus
250gm butter
2 1/2 cwn tepung - diayak
3/4 cwn @ 2 cwn kecil yogurt blueberry 150ml
Hirisan badam - untuk hiasan
Secubit garam

Cara-Cara:-

1. Asingkan kuning telur dgn putih telur.
2. Pukul putih telur hingga betul2 kembang dan ketepikan.
3. Pukul butter & gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi.
4. Masukkan putih telur yang telah dipukul tadi, yogurt & tepung.
5. Kacau & tambah garam. (guna senduk je ni).
6. Tuang dalam acuan, taburkan badam & bakar sehingga masak.

* Boleh guna sebarang perisa yogurt.
* Tepung tu aku guna tepung naik sendiri blue key... kalau guna tepung gandum biasa jangan lupa letak baking powder ye..

Nasi Lemak Ibu Mentuaku

Nasi Lemak Ibu Mentuaku

2 1/2 cawan beras
1 biji bawang merah - dihiris
1 biji bawang putih - dihiris
2 cm halia - diketuk
1/2 sudu teh halba - jika suka
1 batang kulit kayu manis
Santan daripada 1/2 biji kelapa
1 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara-cara:-

1. Basuh beras dan toskan airnya. Masukkan ke dalam rice cooker.
2. Masukkan bahan2 hiris, halia, halba dan kulit kayu manis.
3. Masukkan santan dan sedikit garam. Kacau untuk ratakan garam.
4. Masukkan daun pandan dan masak seperti biasa.


Sambal Tumis


15 biji cili kering - rendam dgn air panas dan buangkan biji
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 genggam ikan bilis - rendam dgn sedikit air dan toskan
1 sudu besar cili sos
Sedikit asam keping/air asam jawa

Cara-cara:-

1. Blend cili kering, bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan bilis sampai garing.
2. Keluarkan ikan bilis dan tuang bahan2 yang telah diblend.
3. Masukkan sedikit air, cili sos, garam, gula dan sedikit asam keping/air asam jawa.
4. Biarkan sehingga cili betul-betul masak (naik minyak) dan masukkan sebahagian drp ikan bilis goreng.


Bahan-Bahan Lain Untuk Hidangan Nasi Lemak

- Telur rebus
- Timun
- Ikan bilis goreng
- Kacang tanah goreng

Cencaru Belah Belakang

Cecaru Belah Belakang

4 ekor ikan cencaru sederhana besar - bersihkan dan belah belakangnya
2 helai daun kunyit - potong 4

Bahan tumbuk:-
5 biji cili merah
6 biji cili padi
1/2 inci belacan - dibakar
1/2 biji bawang merah
sedikit gula, garam
Sedikit pes asam jawa atau limau kasturi

Cara-cara:-

1. Lumurkan ikan dengan garam.
2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam ikan dan sumbat dengan sepotong daun kunyit.
3. Ikat ikan dengan benang.
4. Goreng ikan menggunakan sedikit minyak dan dengan api kecil sehingga masak.

Kuih Bom Manis

Kuih Bom Manis

1 sudu teh yis mauripan
1 cwn tepung gandum
2 sudu gula
3 sudu susu pekat
sedikit garam
sedikit air
minyak utk menggoreng

Cara2 membuatnya:-

Campurkan yis, gula & susu dengan sedikit air ... larutkan..
Masukkan bancuhan tadi ke dalam tepung..
Tambah air lg agak2 cam adunan jemput2..
Perap adunan dlm 1-2 jam utk dptkan hasil sarang yg cantik..
Sebelum menggoreng masukkan sedikit garam ke dlm adunan...
Goreng dgn api sederhana..

Trifle



TRIFLE

Bahan A:-
1 btg swiss roll
1 tin besar fruit cocktail - toskan airnya (jangan buang air buah tu..)

Potong swiss roll dan atur dlm bekas.
Nak letak bawah je boleh.. nak letak bawah & tepi pun boleh..
Renjis2 dipilis air buah tadi ke atas swiss roll.. jgn sampai lembik..
Ketepikan.

Bahan B:-
3 sudu besar tepung custard - ceduk cam bukit
2 cawan air
1/3 tin susu pekat manis
1/2 tin susu cair
2 sudu besar gula - rasa dulu kalau dah manis x yah letak/tambah gula
1/2 tin jagung dalam tin
secubit garam

Masukkan air, susu pekat & susu cair ke dalam periuk & masak dgn api kecil.
Bancuh tepung custard dgn sedikit air sampai x bergentel. Tuang ke dlm periuk.
Kacau sentiasa sampai adunan jadi agak pekat.
Masukkan jagung & garam. Kacau lagi.
Tuang ke dalam bekas yg dah disusun swiss roll tadi.
Bila custard dah agak keras (nak bagi cepat masukkan dlm fridge), taburkan
fruit cocktail kat atasnya. Ketepikan.

Bahan C:-
1 packet agar2 serbuk - aku guna NONA (kurangkan air sbb agar2 ni lembik)
(kalau nak lapisan agar2 tu tebal sket, guna 2 packet)
4 sudu besar gula
* Masukkan sekali lebihan air fruit cocktail tadi ke dlm agar2.

Bila agar2 dah larut, tuang perlahan2 ke atas fruit cocktail tu.
Biarkan agar2 keras sikit.

Sejukkan.

Ulang proses Bahan B dan tuang ke atas agar2 tadi untuk trifle versi 3 lapis.

Gulai Ramunggal


Gulai Ramunggal

1/2 kati daging - potong dadu
4 biji sayur ramunggal - bersihkan dan potong2 mcm dlm gambar
4 sudu besar kacang dal - rendam
1 1/2 sudu besar rempah kari daging
1 btg kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
4-5 biji bunga cengkih
2 biji kentang - potong 4

Bahan tumbuk:-
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu teh jintan manis

Bahan hiris:-
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara:-

1. Rebus daging dan kacang dal sehingga daging empuk dan kacang dal kembang.
2. Masukkan bahan tumbuk, rempah kari daging, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan kentang.
3. Bila daging, kacang dal dan kentang telah lembut, masukkan santan.
4. Masukkan pula ramunggal dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
5. Masukkan garam, gula dan aji (jika suka). Picit ramunggal dengan sudu, sekiranya kulit ramunggal pecah dan terkeluar isi dalamnya bermakna ramunggal telah masak. Ketepikan.
6. Di dalam periuk/kuali lain, panaskan sedikit minyak masak + sedikit minyak sapi dan tumis bahan2 yang dihiris sehingga kekuningan. Tuang ke dalam periuk gulai tadi. (Cara ini dinamakan tumis darat).

** Ramunggal dimakan dengan cara menghisap isi di dalamnya. Kulitnya jangan dimakan ye..

Kek Batik


Kek Batik (credit to Maklang cari.com)

400 gram biskut marie - biskut aku x smpai 400 gm pun
4 biji telur - aku guna 2 biji
1 1/2 cwn gula - aku letak 3/4 cwn.. pun rasa manis gak
1 buku butter - aku guna 1/2 buku je
3/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn air - aku kurangkan air sikit

Cara-Cara:-

1. Pecahkan telur dan masukkan gula. Kacau hingga kembang.
2. Masukkan butter dan kacau lagi.
3. Masukkan serbuk koko dan tambah air. Kacau lagi.
4. Letak atas dapur dan kacau selalu.
5. Last sekali, masukkan biskut dan biar sampai kembang. Kacau sebati.
6. Masukkan ke dlm bekas & tekan2 sikit. Sejukkan dlm fridge.

Sup Tulang


Sup Tulang

Tulang lembu/kerbau - biasanya aku masak 4-5 ketul tulang..
Sedikit daging lembu - beli daging cincang kat pasar tani le...

Bahan tumbuk:-

1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 inci halia

Bahan-bahan lain:-

1 btg kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
4-5 biji bunga cengkih
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh lada hitam
1 sudu teh rempah sup
Daun sup

Cara-cara:-

1. Rebus tulang dan daging di dalam periuk.
2. Masukkan bahan2 tumbuk, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.
3. Tumbuk jintan manis bersama lada hitam. Masukkan air sikit dan tapis ke dalam periuk.
4. Masukkan rempah sup, garam, gula dan aji (jika suka). Biarkan sup mendidih sehingga daging empuk. Tambah air lagi dan lagi...
5. Bila semua dah ok, baru masukkan daun sup.

slurpppp.. ahhhh.. nyamannnn sekali....

Terung Goreng Berlada

Terung Goreng Berlada

2 biji terung - potong ikut suka2 hati
Sedikit udang/ikan bilis sebagai perencah

Bahan tumbuk:-

3 biji cili merah
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
* kalau guna ikan bilis, tumbuk sekali dgn bahan2 di atas

Cara-cara:-

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan udang.
3. Masukkan terung dan tutup periuk. Biarkan sehingga terung layu. Kalau kering tambah air.
4. Masuk pulak sedikit garam, gula dan ajinomoto (jika suka)...

nyummm nyummm...

fakta : jika masak menggunakan cili merah yang ditumbuk, hendaklah ditumis lama sedikit kerana jika cili tersebut tidak masak betul2.. lauk yg dimasak akan terasa maung...

Masak Lemak Lala

kalau makan lauk ni kena nyanyi dulu.. lalalalalalalaala... (kena virus hb ku..)


Masak Lemak Lala

1/2 kg lala
santan drp 1/2 biji kelapa
2 batang serai - dititik
Sedikit kunyit serbuk

Bahan tumbuk:-

3 biji cili merah
5 biji cili padi - kalau nak pedas tambah lagi
1 biji bwg merah
1 biji bwg putih
1/2 inci halia

Cara-cara:-

1. Bersihkan lala. Hendaklah bersihkan betul2 sbb ada cengkerang yg dalamnya berisi lumpur.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk. Masukkan serai yg telah dititik. Tumis sehingga naik bau. Kalau kering sangat, masukkan air sikit.
3. Bila dah naik minyak, masukkan lala. Gaul2kan. Tutup periuk dan biarkan seketika dalam 4-5 minit.
4. Masukkan pula santan, serbuk kunyit, garam, gula dan ajinomoto (sekiranya suka).
5. Biarkan hingga mendidih. Gunakan api sederhana dan kacau sekali sekala takut pecah minyak pulak.

siapppp....

lalalalalalalala...

Puding Roti


Puding Roti


Bahan A:
500 ml susu segar (nak guna santan pun boleh)
8 keping roti gardenia/high5

Bahan B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar tepung jagung

Bahan C:
2 sudu besar kismis

Cara-cara:
1. Hancurkan/koyak roti dan rendam dalam susu selama 1/2 jam.
2. Kacau dan gaul rata bahan B (guna whisker je sampai sebati).
3. Masukkan kismis dan tuang ke dalam adunan roti.
4. Gaul dan masukkan ke dalam loyang yang dah dilengser dgn butter.
5. Bakar dlm suhu 180C selama 30 minit/masak.

nak makan ngan sos kastard pun boleh gak.. tp my hubby x suka..

Sos kastard

1 tin susu cair
1 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula

Cara-cara:
Masukkan semua bahan dlm periuk dan masak dgn api kecil sehingga pekat. Kacau sentiasa.